Kekosongan Jawatan Terkini di Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu - Oktober 2014


Jawatan kosong terkini di Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn Bhd (KOPERAT) Oktober 2014. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn Bhd (KOPERAT) sebagai :

1. Penolong Eksekutif Akaun

Antara tugas dan tanggungjawab :
  • Menyediakan laporan Penyata Kewangan.
  • Mempunyai pengetahuan dalam prinsip perakaunan untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas perakaunan.

Syarat kelayakan :
  • Mempunyai kelulusan akademik sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang perakaunan atau berkaitan daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.
  • Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam bidang perakaunan.


Tarikh tutup permohonan pada 11 Oktober 2014
Lokasi kerja : Kuala Terengganu

Pemohon yang berminat dipelawa untuk menghantar CV dengan menyatakan gaji sekarang dan gaji yang dipohon serta 1 keping foto terbaru anda ke alamat seperti berikut :

Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran
Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn Bhd (KOPERAT)
Wisma GPQ, Lot 4564 Tingkat 1 & 2
Desa MPKT, Chendering, 21080 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
No. Telefon : 096173405/096176405
No. Fax : 096177404
Emel : koperat@hotmail.com

0 Response to "Kekosongan Jawatan Terkini di Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu - Oktober 2014"

Post a Comment