JAWATAN KONSTABEL SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS LELAKI/WANITA
Syarat dan kelayakan adalah seperti berikut :
1. SYARAT-SYARAT PEMOHON
Pemohon yang berminat untuk berkhidmat / menyumbang tenaga di dalam Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis adalah seperti berikut :
- Taraf Kelayakan : Warganegara Malaysia
- Umur : 18thn dan tidak lebih 45thn.
- Ukuran Badan : Lelaki - Tinggi 162cm (5'4").
Lilitan Dada 81-86 cm (32"/34")
Berat badan 48kg
Wanita - Tinggi 152cm (5')
Berat badan 43kg. - Penglihatan dan : Penglihatan vision 6/9 tanpa cermin mata
Pendengaran tidak buta,warna, dan pendengaran baik - Kelulusan Pelajaran : Lulus SPM. Kelulusan yang lebih tinggi digalakkan dan diberikan keutamaan.
- Lain-lain Kelayakan :
- Pemohon yang bekerja di jabatan Kerajaan/ Swasta hendaklah mendapat kebenaran bersurat melalui Ketua Jabatan / majikan masing-masing. Pemohon yang sering tugas luar (outstation)tidak digalakkan memohon.
- Bersih dari sebarang rekod jenayah / Cawangan Khas.
- Tidak menjadi ahli / anggota badan beruniform yang boleh dikerah tenaga sewaktu darurat, kecemasan atau bencana.
- Pemohon dari kumpulan 'Key Personal" seperti Hospital / TNB (Breakdown) / Telekom (Teach) serta pengawal keselamatan yang bertugas dengan kerajaan /Badan berkanun / Swasta serta pekerja yang bertugas tidak tentu masa seperti jurugegas, pencari kerosakan serta pekerja shif tidak layak memohon.
2. SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
- Pemohon yang berjaya didalam temuduga pemilihan dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan, tapisan Jenayah dan Cawangan Khas sebelum layak diterima masuk berkhidmat.
- Pemohon yang berjaya akan menjalani Latihan Asas Sukarelawan Simpanan Polis.
- Perkhidmatan Sukarelawan Simpanan Polis adalah terlakluk kepada Jadual perintah/ peraturan/ kaedah PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A 502.
- Pemohon yang telah dilantik akan menerima elaun Latihan/ Tugas iaitu bagi Anggota Pangkat Rendah Sukarelawan Polis RM6.00 sejam manakala Pegawai Kanan Sukarelawan Polis RM7.80 sejam
3. CARA-CARA MEMOHON JAWATAN INI :
- Pengambilan ini dibuat secara "Walk in Interview" iaitu pemohon hendaklah membawa dokumen yang lengkap ke Dewan Balai Polis Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tarikh temuduga ujian fizikal ialah pada 4-7 September 2014 bermula jam 8.00 hingga jam 2.00 petang.
- Sila sertakan salinan fotostat kad pengenalan, Sijil kelahiran, Sijil Akademik dan Sijil Berhenti/ Tamat Sekolah.
- Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pejabat Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Jalan Campbell, 70710 Seremban, Negeri Sembilan.

0 Response to ""Walk in Interview" Jawatan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) Lelaki & Wanita PDRM Kontijen Negeri Sembilan"
Post a Comment